FAEDAH SKIM RUMAH PERTAMA KU APA ITU SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

FAEDAH SKIM RUMAH PERTAMA KU APA ITU SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) ------- Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) adalah skim yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2011. Namun kesedaran tentang kemudahan yang diberikan ini masih rendah dalam kalangan masyarakat kita. Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak memanfaatkan peluang ini. Apa tidaknya skim ini membenarkan pemohon yang layak untuk ambil pembiayaan pinjaman sehingga 110% daripada harga hartanah. Apa yang lebih menarik tentang pembiayaan ini ialah ianya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang ingin memiliki rumah pertama. . Tidak perlu risau tantang kewujudan skim ini, anda boleh semak melalui laman web rasmi http://www.srp.com.my/bm/ untuk keterangan yang lebih lanjut. Skim ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Cagamas. Kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan dan bantuan ini melalui pelbagai platform. Selagi mana peruntuk...